Khamis, 26 September 2019

TAMBAHAN (KEMASKINI) KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 2

Disertakan adalah tambahan nombor 6.0 - 9.0 Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 2 yang boleh dimuat turn di bawah.

Klik pada pautan dibawah untuk download.

DOWNLOAD BAHAGIAN 2 (KEMASKINI) KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 2

Makluman: Saya telah mengemaskini pautan diatas.  Sebelum ini ianya mempunyai masalah untuk diakses/download. Sekarang sudah boleh.

Sila ambil perhatian beberapa perkara berikut:

  • Kemaskini Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 2 di atas adalah sambungan kepada yang sebelum ini.
  • Kemaskini ini adalah LEBIH LENGKAP
Sila hantar tugasan lengkap sebelum 10:30AM, 30 Sept 2019.

Harap Maklum

Isnin, 23 September 2019

Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 2

Bagi pelajar-pelajar Tingkatan 2, SMK Matang Jaya, di bawah adalah pautan untuk DOWNLOAD Panduan kerja kursus Sejarah Tingkatan 2 2019:

DOWNLOAD SEKARANG

Sila siapkan Kerja Kursus Sejaran Tingkatan 2 anda berdasarkan panduan diberikan semasa kelas.

Panduan Tambahan:


  1. Kerja Kursus perlu disiapkan dengan menggunakan Kertas Kajang Berlogo Sekolah SMK Matang Jaya.
  2. Tiada masa tambahan akan diberikan untuk menyiapkan Kerja Kursus
  3. Bahagian yang sudah siap perlu dihantar kepada guru untuk simpanan.





Jumaat, 13 September 2019

Ujian Pentauliahan Pengendali Bahan Pendingin

Hari ini telah dilaksanakan Ujian Pengendalian Bahan Pendingin bagi tenaga pengajar Penyejukan dan Penyaman Udara (PPU) di Sarawak.

Ujian dilaksanakan di Hotel Harbour View dan dikendalikan pegawai dari Jabatan Alam Sekotar dan pegawai-pegawai bertauliah yang dilantik.

Setiap ujian dilakukan dalam 15 minit.

Ujian didapati agak sukar, namun harapannya Kad Pengendalian Bahan Pendingin akan diperolehi kelak agar Bengkel PVMA - PPU SMK Matang Jaya boleh dibuka seperti tahun-tahun sudah.

Selasa, 19 September 2017

Lulus kursus Pegawai Pengajar Vokasional (VTO)

Hari ini saya mendapat khabar bahawa saya telah lulus dan layak sebagai Pegawai Pengajar Vokasional (VTO).

Kelulusan ini penting bagi membolehkan saya mengajar bidang HVAC di sekolah saya kini kerana ianya merupakan salah satu pra-kelayakan untuk menjadi tenaga pengajar di bawah program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah kelolaan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Bagi membantu rakan-rakan yang akan mengikuti kursus VTO, saya sertakan di sini bahan berkenaan kursus VTO yang telah saya hadiri.

Saya sudahpun sebenarnya mendapat sijil VTO beberapa bulan yang lalu, namun saya tidak pula terfikir untuk menulis berkenaannya di sini.



Maklumlah, laman blog ini agak 'terbengkalai' sejak saya mengambil keputusan tidak lagi memohon sebagai Guru Cemerlang.

Apapun, mendapat kelayakan VTO ini adalah selangkah untuk memperkasakan Pendidikan Teknik & Vokasional di SMK Matang Jaya.

Rabu, 19 Oktober 2016

Dokumen PPU bagi SKM 2 & 3

Atas permintaan ramai, di sini saya kongsikan dokumen-dokumen berkaitan penganugerahan SKM yang sya rasakan berkaitan.

Bagi pelatih-pelatih yang akan mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi Penyejukan dan Penyamanan Udara, berikut adalah dokumen-dokumen yang mungkin boleh membantu.


*Jika ada fail yang tidak dapat dibuka terus, sila pilih untuk download fail tersebut terus kerana ianya kemungkinan terlalu besar untuk hanya 'di-preview'.